Aku melangkah
Mencari erti kehidupan sebenar,
mengapai identiti bagiku untuk mendekatkan diri kepadamu
Hari demi hari aku cuba menghampiri impianku,
Namun impianku adalah sebuah rancangan
Yang menentukan adalah engkau wahai tuhan.

Ya Allah,
sentiasa aku berdoa serta berharap agar engkau meredhai
setiap amalan
setiap perasaan
sungguh diri ini amat kerdil dari pandangan mu
amat hina di sisimu
maka kuatkanlah keimananku
salutilah nur hidaya di hatiku
agar ianya tidak dibelenggu hawa nafsu

Diriku ini ibarat lilin
Jika Ditiup
Ia kan terumbang ambing memadamkan diri
Jika dijaga
Maka ia terus menyala
Mebarakkan semangat perjuangan demi agama islam tercinta
Meninggikan agamamu Ya Allah sehingga ke pelusuk dunia
Kerana
Aku tidak ingin melihat pengorbanan rasulullah adalah sia-sia
Bahawasanya ini adalah sebuah cita-cita
Bukan angan-angan
Bukan dongengan
Tapi aku inginkan ia menjadi kenyataan

Wahai tuhan,
Lindungikanlah aku
Keluargaku
Saudara maraku
Serta kurniakanlah kepadaku seorang wanita solehah sebagai rakan seperjuanganku
Agar dia dapat mengukuhkan pendirianku,
ku ingin dia tahu,
perjuangan kita adalah satu.



Blog Widget by LinkWithin