Sekali lagi tahun yang dianggapkan baru itu muncul kembali? Kini ianya 2012. Kadang-kadang bila keseorangan terpikir pulak.. apakah yang dianggapkan baru?

Azam kite?
Semangat kite?
Personaliti kite?

Bila jarum jam tibanya pukul 12, maka berdentumlah bunga api, melompat-lompat lah si anak Adam, bergembira mendengar khabar tahun baru telah tiba. Tidak kah kita terpikir, bila detik masa itu lalu meninggalkan kita, setiap jam, setiap minit, setiap saat. Ternyata umur kita juga kian meningkat. Realitinya kita sebenarnya menghampiri ajal kita. Ajal yg mana setia menunggu, tidak dipercepatkan, tidak juga diperlambatkan, ia akan muncul tepat pada masanya. Semestinya ia telah tertulis di Luh Mahfuz.

Disini tidakkah kita risau.. Bila umur kian meningkat, kita menentukan samaada adakah pahala kita meningkat sama? Dikhuatiri, berat dosa melibihi pahala yg kita amalkan. Maka sama-samalah kita muhasabah. Tidak salah utk riang gembira menyambutnya, tapi disamping itu alangkah baiknya kita selitkan cinta kita kepada Allah. Dengan tibanya tahun baru, apa kata kita ‘set’ juga IMAN baru, TAUBAT baru, AMAL baru.. yang mana cita-cita kita akan datang adalah untuk lebih mendekatkan diri kita kepadaNya. Sesungguhnya Allah sangat mencintai hamba-hamba yg sentiasa memperbaharui imannya.



Iman manusia turun dan naik secara fitrahnya. Tapi jangan mengaku kalah! Teruskan, terus maju mengejar impian. Kerana cita-cita kita adalah bagi meraih keredhaanNya. Jangan lupe, sabar itu perlu diterapkan juga :)

Kejayaan yang besar adalah apabila kita mampu Bangkit dari kejatuhan kita.. Teruskan Semangat kita ikhlas keranaNya! insyaAllah.. insyaAllah..

mencintai kalian
6.40pm
Sheffield, UK


If you are not shy from Allah, if you are not modest whenever you are thinking about the fact that Allah is watching you, if you don't feel that sense of shame and bashfulness in front of Allah. Then what's going to hold you back from doing those shameful act that enter a person into hell fire.



o Allah, we seek refuge from you, guide as to the right path and strengthen our Iman to be among the best of the believers..

mencintai kalian,
8.35pm
Sheffield, UK


Allah Menerima Taubat

Imam asy-Syafe’i sebelum pulang ke rahmatuLlah sempat menukilkan sebuah puisi yang antara lain menyebutkan: ‘…Dosa-dosaku kelihatan terlalu besar buat diriku, tetapi setelah kubandingkan dengan keampunan-Mu, ternyata keampunan-Mu jauh lebih besar…’ Bait-bait indah tersebut tentunya lahir daripada rasa hamba dan rasa cinta juga rasa keyakinan yang mendalam terhadap sifat-sifat dan nama-nama mulia Allah; at-Tawwab (Maha Penerima Taubat), al-Ghafur (Maha Pengampun) dan ar-Rahim (Maha Penyayang).


Sifat-sifat dan nama-nama tersebut tergambar dengan cukup jelas dalam maksud wasiat-wasiat rabbani seperti di bawah:

"Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh, kemudian tetap di jalan yang benar". (Thaha : 82)

"Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (lazim berbuat dosa), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa, sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(Az-Zumar: 53).

“Tidakkah mereka tahu bahawa Allah menerima taubat daripada hamba-Nya dan menerima beberapa sedekah ? Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”
(at-Taubah: 104)

"Sesungguhnya Tuhanmu memberi ampunan bagi manusia atas kezalimannya, dan sesungguhnya Tuhanmu amat keras siksanya." (Ar-Ra’ad: 6).

"Barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kezaliman dan berbuat kebajikan, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Maidah: 39).



“Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a., berkata bahawa beberapa orang tawanan dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. Seorang wanita di antara tawanan itu mencari-cari, ketika dia menemukan seorang anak (bayi) di antara para tawanan itu, dia ambil dan dia dakapkan keperutnya untuk disusui. Melihat keadaan itu, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami (para sahabat), ‘Adakah kalian berpendapat wanita ini sampai hati melemparkan anaknya ke dalam api ?’

Kami menjawab, ‘Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparkannya.’ Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Sungguh, Allah lebih menyayangi para hamba-Nya, berbanding wanita tersebut terhadap anaknya.” (HR Muslim)



Sungguh Engkau Yang Maha Tidak Memungkiri Janji pernah berjanji:


Daripada Abu Hurairah, bersabda Rasulullah( s.a.w), Allah berfirman : Sesungguhnya Aku(iaitu Allah) berada dalam sangkaan hambaku, aku bersama mereka ketika mereka mengingatiku, jika hambaku mengingatiku dalam diri mereka maka aku mengingati mereka pada diriku. Jika hambaku mengingatiku pada sesuatu tempat atau majlis maka aku mengingati mereka pada sesuatu tempat atau majlis yang lebih baik daripada itu, jika hambaku mendekatiku sejengkal, maka aku mendekatinya sehasta, jika hambaku mendekatiku sehasta maka aku mendekatinya sedepa, jika hambaku berjalan ke arah ku maka aku berlari anak kepada mereka..


Dari persepsi dikalangan Hamba

Engkau memanggilku, tapi aku berpaling dari-Mu, Engkau tampakkan kasih sayang-Mu padaku, tapi aku tampakkan kebencian(terhadap yang aku tak suka) pada-Mu. Engkau menyayangiku, tetapi aku tidak mempedulikan-Mu seakan-akan aku lebih tinggi daripada-Mu. Namun, sikapku itu tidak mencegah-Mu untuk melimpahkan Rahmat dan Kebaikan-Mu padaku."

O Allah, we beg your forgiveness and your mercy...

mencintai kalian,
6.50 pm
Sheffield, UK


Dalam mencari keredhaan Ilahi, dalam merayu agar diri dilimpahkan dengan nikmat hidayah. Maka seseorang itu perlu sedar, sesuatu yg berharga itu tidak akan diperoleh dengan mudah. Kita semestinya akan diuji. Allah ingin melihat kesabaran hambaNya, samaada adakah kita kecewa lantas berputus asa? atau perjuangan kita ini sebagai bukti kesetiaan kita kpdNya, menyerahkan urusan hidup ini bulat-bulat kpd Allah setelah berusaha serta yakin akan pertolongan Dia pasti datang.

Wahai diri, terus bersabar dalam merentasi hidup. Allah tidak pernah membebankan hamba2 Nya. Diberikan ujian itu adalah sebagai sebuah "RAHMAT" utk menaikkan taraf iman kita kedalam peringkat yg lebih tinggi insyaAllah

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)

“Dan sesungguhnya Kami akan memberikan sesuatu percubaan kepada kamu, seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan…” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

“Ia berkata: Hanya kepada Allah kesusahan, keresahan dan keperihanku ini aku adukan.” (Surah Yusuf, ayat 86)

“Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)


HasbunAllah wa ni'mal wakil..

mencintai kalian,
6.30 a.m
Algeciras, Andalucia, Spain


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun
yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya
beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang
diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada.
Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar
berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam
gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di
jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak
juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat
ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di
bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa
melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan
sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku
yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak
sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik
Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap
langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah
yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama…
Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian,
Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku
berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat
kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum,
tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka
pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum
mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam
penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
“Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?”
Aku menjawab tenang.. “Warna putih, bersih…”
“Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.”
“Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan.”
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu… helaian demi helaian
naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam
Pertama… Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu
saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah
juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari
bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke
belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku
mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam
al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah
yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh.
Mudah-mudahan aku tenang… As-Syifa’ aku adalah al-Quran, yang setia
menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora
hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini
rasanya orang-orang yang mendahului.

“Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?”
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku
masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat
penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara
aku dan keluarga.
“Insya Allah, ‘dia’ tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan
Allah. Itu yang paling utama.”
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata
mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
“Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!”
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan
ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang
berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan ‘dia’ yang mendekatkan
aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap
waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa’ ku al-Quran, tidak
lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan
akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

“Bila enti menikah?”
Aku tiada jawapan khusus.
“Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu…” Aku masih
menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar
aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
“Jemput ana tau!” Khalilah tersenyum megah.
“Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana
banyak-banyak!” Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu
melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya
sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
“Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti…”

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan
tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung
aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti
orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan
aku katakan sekali lagi kepada ibu…
“Usah berlebihan ya…”
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
“Insyirah, jom makan!”
Aku tersenyum lagi… Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
“Tafaddal, ana puasa.”
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
“Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat… Tarikhnya
tak tetap lagi ke?”
“Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi.”

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku
sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan
penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan
terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku,
itu sahaja.

……………………..
………….
“innalillahi wainna ilaihi rajiun…”
“Tenangnya… Subhanallah. Allahuakbar.”
“Ya Allah, tenangnya…”
“Moga Allah memberkatinya….”

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian.
Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak
menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok ‘dia’ yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok ‘dia’ yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil ‘ibrah dari sosok ‘dia’ yang
mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar…
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku… Sentiasa
ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam
rafa’nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya
merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

“Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang
mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa,
yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku
tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau
redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai
sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku
ketahui…”

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian…
“Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?”
Ibu tenang menjawab... “Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang
yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat
pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya
beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.”

“Allahuakbar…” Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
“Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama…”
Ibu angguk, tersenyum lembut… “Ini nak, bukunya.” Senaskah buku
bertukar tangan, karangan Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk
‘Malam Pertama di Alam Kubur’.
“Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis… Khalilah tak tahu mak cik.”
“Dan sejak dari hari ‘khitbah’ tersebut, selalu Insyirah mahu
berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan…”
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap
kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

“Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan
satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan
MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku
kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku
bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang
perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil ‘ibrah
bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim,
seteguh dan setabah hati seorang ibu.”

Semoga bermanfaat..

mencintai kalian~
9.25 pm
holberry, sheffield


Rezeki itu telah ditentukan utk kita sebelum kita dilahirkan lagi. Tapi kadang-kadang diri ini terlupa, rezeki itu datangnya dari Allah bukannya dari tangan manusia..
Wahai diri, perbetulkan kembali niatmu. Keredhaan Allah yg engkau carikan. Maka teguhlah, bersangka baiklah terhadap saudaramu, nescaya ketenangan itu datang kedalam hatimu.

Banyak dalil-dalil yg telah Allah berikan, dgn itu Yakinlah & teruskan Usahamu.. insyaAllah





“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .”
Surah at-Thalaq : ayat 3

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” Surah Ibrahim : ayat 7

“Tetapi mereka telah mendustakan ( tidak patuh kepada hukum Islam), maka kami rampas dari mereka apa-apa yang telah mereka usahakan.” Surah Al-A’raf : ayat 96

“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” Surah Thahaa : ayat 132

“(Nabi Hud berkata: wahai kaumku, minta ampun kepada tuhanmu dan bertaubatlah kepadaNya, nescaya ia akan menghantar kepada kamu air hujan yang lebat dan menambahkan kekuatan kamu, dan jangan kamu kembali menjadi orang-orang yang berdosa.” Surah Huud : ayat 52

“dan nikahkanlah orang-orang bujang dari kalangan kamu, dan orang-orang soleh dari hamba lelaki dan hamba perempuan kamu. Dan jika mereka orang-orang yang fakir nescaya Allah akan menjadikan mereka kaya, dan Allah sangat luas dan sangat mengetahui.” Surah An-Nur : ayat 32

“Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”. Surah Saba’ : ayat 39

“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.” Surah Al Baqarah : ayat 268

“(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah, mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi, orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” Surah Al -Baqarah : ayat 273

“dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperolehi (balasan) yang lebih banyak.” Surah Al Muddatsir : ayat 6

“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak……. ” Surah An Nisaa’ : ayat 100

“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di muka bumi yang halal lagi baik”. Surah al-Baqarah : ayat 168


"Tuhan, tiadalah kehidupan sebenar melainkan kehidupan akhirat.."

"ampunikanlah diri ini, kerana hambaMu ini sering kali terlupa.."


mencintai kalian~

9.01 pm,

Sheffield, UK



Video “SEMBANG RAKYAT”

One that produced these videos may have the intention to create so called ‘AWARENESS’ among the Malaysians, both Muslim and Non-Muslim, Malays or Non-Malays. Hakikatnya, kita mulalah utk SHARE video ni didalam Facebook kita. Persoalannye:


Tidakkah kita terpikir apa ‘tujuan sebenar’ video ni?

Tidakkah kita terpikir apa ‘impact’ di sebaliknya?

The perspective from the Non-Muslim and Non-Malays regarding this issue?


Most of us do aware that the points that they’ve made without any doubt are WEAK! Bila kita share video “sembang rakyat”, lihat saje pada COMMENT x2 yg diberi... banyak nya comment2 maki hamun, tunjuk protes tanda tak setuju dengan point2 dalam video ni. As if adalah sebagai tempat ruangan agar kita lepaskan NAFSU MARAH dalam tempat comment. Secara tak langsung kita pun 2x5 je..


Perspective from the Non-Muslim + Non-Malays.

Disebabkan komen maki hamun ni, teserlah yg Melayu + Islam dinegara kita sendiri tak bersatu dalam menyelesaikan masalah. Video ni bukan je bertujuan utk politic semata-mata, tapi utk “memecah belahkan kita semua”. Kita sebagai Muslim yg juga menerima tarbiyah sepatutnya lebih arif dalam menangani masalah ni..

Siapa yg MENANG? “Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah” (HR Bukhari&Muslim) Therefore, lets solve this professionally.

Daripada kita letakkan HEADINGS dalam video yg kita share: Astaghfirullah hal azzim, Naudzubillah, Apalah nak jadi.. seeloknya kita juga SHARE kan ARTICLE berkenaan mengapa sesuatu benda itu perlu dilaksanakan..


Ie. “Lagi Hudud Pas” : “Mengapa Perlunya Hudud” etc..

Jangan kita biarkan sahabat2 kita yang kurang faham tentang issue ni terpinga2 mencari jawapannya..

Agar usaha kita yang kecil ini dapat member manfaat kepada yg lain insyaAllah..

o Allah, Thy mercy n forgiveness we beg.. :(


mencintai kalian~

9.05 pm,

Holberry, Sheffield.



"Allahumma inna nas-aluka rahmatan min 'indika, tahdy biha qulubana,wa tajma'u biha umurana, wa tu'idu biha syamilna ,wa taruddu bihal fitnata anna, wa tu'asimuna biha min kulli suu'... amin"

Tuhan.. kami memohon sebuah rahmah dari sisiMu. yg dgn Rahmah itu, Kau pimpinkanlah hati-hati kami, yg dengannya kau rapatkan dan kumpulkanlah hasyrat kami, yang dengannya Kau hampirkanlah jurang-jurang antara kami, yang dengannya Kau pulangkanlah rasa kasih diantara kami, dan yang dengannya Kau pelihara kami semua dari sebarang kejahatan..

jernihkanlah niat kami kembali,
ya Allah.. kurniakanlah kami kesabaran demi syurgaMu..

O Allah, Thy mercy and forgiveness we beg..


Blog Widget by LinkWithin