"ketahuilah bahawasanya setiap kehidupan yang Allah ciptakan, kelak kepadanya kita akan dikembalikan."

semalam aku dpat sebuah berita. Ayahanda Abg B baru sahaja menyambut seruan Ilahi. Mendengarkan berita ni, aku rasa sedih sangat. Sungguh, kehidupan didunia ni tidaklah begitu lama. Aku takutkan jika sekiranya aku masih tidak bersedia sekiranya namuku pula diseru suatu hari nanti. Ya Allah, golongkanlah aku sebagai orang yg soleh dan jauhkanlah aku daripada golongan orang yg rugi. Ya Allah... lindungikanlah ibubapa serta keluargaku, dan satukan kami sebagai sebuah keluarga yg beriman.

Disini aku nak mengucapkan takziah buat abg B sekeluarga. Semoga roh ayahandanya dirahmati Allah yg maha esa. Amin ya Rabbal alamin.



This entry was posted on Wednesday, February 25, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin